Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Rabiah binti Mohamad

 

8-11 Oktober 2024 - Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah mengadakan program Lawatan Muhibah ke rumah sewa pelajar sekitar Politeknik Melaka selama 4 hari pada jam 5.00 hingga 6.30 petang.

Turut serta dalam Lawatan Muhibah ini ialah En Zaidi bin Othman (Tn Pengarah PMK), Dr Azlan bin Muharam (TPSA), Pn Nor Azah binti Mat Sout (KJHEPP), En Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair (KUHEP), En Mohd Nazim bin Zakaria & Pn Rabiah binti Mohamad (Penasihat MPP PMK) serta barisan Majlis Tertinggi dan ahli MPP.

Lawatan Muhibah ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat suasana persekitaran rumah sewa pelajar serta memberi sedikit sumbangan barang keperluan kepada pelajar. Pihak pengurusan juga memberi kata-kata motivasi dan semangat kepada pelajar Politeknik Melaka untuk menjadi pelajar yang cekal dah cemerlang.

Semoga dengan adanya program ini dapat mengukuhkam uhkwah antara pihak pengurusan dan pelajar serta dapat meringankan sedikit beban pelajar dengan adanya sumbangan yang diberikan.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas