Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Ditulis oleh : SITI SALBIAH BINTI AHMAD SHARIFF

Sabtu, 21 September 2024. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah berjaya melaksanakan program JIWA MURNI masyarakat orang asli Negeri Melaka tahun 2024, bermula jam. 8.00 pagi hingga 1.00 ptg di Kampung Orang Asli Gapam Baru, Jasin. Penganjur utama program ini adalah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Dan JAIM Cawangan Jasin. Program ini dijayakan bersama 35 orang sukarelawan MPP & PRS Politeknik Melaka serta 18 orang pegawai JAIM. Ianya bertujuan untuk menceriakan dalam dan sekitar kawasan surau Kampung Orang Asli Gapam Baru, Jasin Melaka. Sebelum program bermula, satu taklimat ringkas telah di sampaikan oleh ustaz Ahmad Aizat bin Adam, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Melaka (JAKIM), Bahagian Dakwah JAIM dan Ustaz Zurul Iman bin Zakaria, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAIM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan luar sekitar kawasan surau, kerja mengecat dalam surau, membersihkan tingkap, mencuci bilik air, menebas pokok di luar pagar surau dan pembaikan pagar surau. Program turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar PMK, Pn Nor Azah binti Mat Sout bersama 3 pegawai HEP yang lain.
Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif untuk membantu menceriakan surau yang terlibat. Pada masa yang sama semua sukarelawan telah berjaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran penggunaan pelbagai alatan dalam kerja gotong royong seumpama ini. Oleh itu diharapkan program seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang demi MALAYSIA MADANI.

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas