Oleh : Amira Abdul Wahid

 

Bandar Hilir - Unit Pengurusan Psikologi & Pembimbing Rakan Siswa, Politeknik Melaka bersama Badan Sukarelawan At-Taqwa, MAIM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka telah menganjurkan Program Kasih Merdeka pada 28 September 2024 bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir Melaka.

​            Seramai 67 orang peserta yang terlibat sepanjang program berlangsung dan peserta adalah terdiri daripada 20 orang ahli PRSPMK, 28 orang penghuni Asrama Akhlak Bukit Baru Melaka dan 19 orang penghuni Anjung Putra Alor Gajah, Melaka.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Norazah binti Mat Sout, KJHEPP dan turut dihadiri oeh Pn.Nurkhairunnisa binti Abd Salim, Pen. Pengarah Kanan Bah. Psikologi JKM Negeri Melaka serta Pengetua dari Asrama Akhlak Bukit Baru dan Anjung Putra Alor Gajah, Melaka. Fasilitator bagi porgram ini adalah terdiri dari Pegawai Psikologi & Pen. Peg. Psikologi di Politeknik Melaka & Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli PRS berkaitan kelompok di dalam komuniti yang memerlukan bantuan. Selain tu, dapat memberi pendedahan kepada pelajar dalam melaksanakan program berbentuk khidmat masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah lawatan ke Muzium sekitar Bandar Hilir, kuiz dan game bertemakan kemerdekaan & program berbentuk motivasi bagi membangkitkan semangat patriotik serta memberi informasi kepada peserta berkaitan kenegaraan dan kemerdekaan.