29 Julai 2024 - Politeknik Melaka(PMK) telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke  Lembaga Perumahan Melaka. Kunjungan ini adalah bertujuan bagi hubungan kerjasama dalam aktiviti TVET berkaitan teknologi bangunan. Pihak Politeknik Melaka yang diketuai oleh Pengarah, Ybrs Zaidi bin Othman bersama Timbalan Pengarah 1, Pn Zeyana binti Abdullah, Pengurus Center of Building Technology, Pn Yuhani binti Jamian dan Pegawai Perhubungan Awam, Pn Nurul Fateha binti Md Sandollah telah disambut baik oleh Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Datuk TPr Hj. Murad Bin Hj. Husin, Timbalan Pengarah Eksekutif, En Mohd Salleh bin Hamidom dan Ketua Pegawai Eksekutif LPM Development Sdn Bhd, Encik Abdul Aziz bin Md Dan.

  

Delegasi daripada Politeknik Melaka juga telah dibawa melawat ke rumah contoh yang menggunakan teknologi 3D Construction Printing (3DCP). Ia adalah merupakan rumah contoh pertama yang menggunakan teknologi 3DCP di Melaka daripada KA Bina Sdn Bhd. Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua organisasi melalui perkongsian kepakaran dalam bidang kejuruteraan khususnya teknologi bangunan.

Disediakan oleh: Pn. Yuhani binti Jamian