Berita SMARTGREEN PMK Hari Ini - Lawatan Tapak Program SEMINAR KUASA DI TANGAN ANDA bersama pegawai dari TNB Ibu Pejabat dan TNB Melaka  | 25 Julai 2024 | Ahmad Fariz bin Fauzi

 

 

Dari kiri: Cik Camilla Lee (TNB Melaka), Pn Nor Hayati binti Ab Razak (TNB Melaka), Dr. Hj. Azlan bin Muharram (Timbalan Pengarah II), En. Amiza bin Aris (TNB Ibu Pejabat),

En Zaidi bin Othman (Pengarah Politeknik Melaka), Pn. Zeyana binti Abdullah (Timbalan Pengarah Akademik), En. Azman bin Yunus (TNB Melaka) dan En. Ahmad Fariz bin Fauzi (Pengurus Smart Green PMK) 

 

KHAMIS - Sesi lawatan tapak oleh pihak Tenaga Nasional Berhad bersama-sama dengan pihak Pengurusan tertinggi Politeknik Melaka bagi menilai keupayaan tapak lokasi program SEMINAR KUASA DI TANGAN ANDA " SEMINAR TENTANG ESG DAN PEMERKASAAN DIRI" yang akan diadakan pada 28 Ogos 2024 di  Politeknik Melaka.  Seminar yang akan berlangsung tidak lama lagi di bumi MELAKA merupakan penganjuran kali ketiga dengan jalinan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Tenaga Nasional Berhad.

Pada tahun 2024, sebanyak LAPAN (8) politeknik terpilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan penganjuran yang berprestij ini. Politeknik Melaka sangat bertuah kerana terpilih sebagai penganjur pada kali ini. Objektif program adalah untuk berkongsi misi TNB dalam komitmen kelestarian tenaga meliputi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).  Program ini adalah selaras dengan matlamat komunikasi strategik TNB dalam memberikan pendedahan yang lebih signifikan kepada masyarakat umum terhadap peranan TNB sebagai penyokong gaya hidup tenaga pintar selaras dengan objektif Malaysia Energy Literacy Programme (MELP). Program ini juga selaras dengan hala tuju Politeknik Melaka ke arah kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

Antara aktiviti yang menanti ialah perkongsian ilmu dalam kecekapan tenaga, keselamatan elektrik, pameran berkaitan kecekapan tenaga dan banyak lagi. Jom datang ramai-ramai ke program pada 28 Ogos 2024 nanti.