ARAU, PERLIS - Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) merupakan perkhemahan tahunan pasukan askar wataniah dari semua Politeknik Malaysia. Perkhemahan ini adalah berbentuk pertandingan dan latihan bersama. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang MALPTAAC adalah seperti pertandingan menembak, multi relay, ujian jalan laju, pertandingan sukan serta latihan medan.

MALPTAAC Siri 15/2024 yang telah diadakan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) bermula pada 26 Jun 2024 hingga 10 Julai 2024. Sebanyak 16 buah politeknik telah terlibat dengan kekuatan seramai 29 orang pegawai dan 609 orang anggota yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar. Selain itu, ia juga melibatkan penyertaan dari Rejimen 504 Askar Wataniah dan Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.

Politeknik Melaka telah menghantar penyertaan pasukan Askar Wataniah Politeknik Melaka (AWPMK) dalam MALPTAAC 15 yang diketuai oleh Lt. Mohamed Nasir bin Alivi selaku Penyelaras AWPMK dan 20 orang pelajar Politeknik Melaka.