PROGRAM 10,000 LANGKAH POLITEKNIK MELAKA
AYER KEROH, MELAKA – 5 JULAI 2024 - Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Melaka akan menganjurkan Program 10,000 Langkah Politeknik Melaka bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat Teras 1 (Promosi Pembudayaan Hidup Sihat: Memupuk Budaya Hidup Sihat Dengan Meningkatkan Literasi Kesihatan Rakyat). Aktiviti 10,000 langkah merupakan aktiviti ringan dan mudah untuk dilakukan oleh semua individu. Aktiviti ini jika diamalkan secara konsistan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok, mengurangkan risiko penyakit diabetes dan berupaya megurangkan tekanan.
Bagi memberkati majlis, program dimulakan dengan bacaaan doa oleh Encik Arman bin Md. Said. Seterusnya ucapan dan hasrat Pengarah Politeknik Melaka, En Zaidi bin Othman a.m.n dan taklimat perjalanan program oleh En Muhammad Affendi bin Bahaudin, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan. Sesi memanaskan badan telah dilakukan oleh Pegawai Belia dan Sukan.
Diharap program kesihatan seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberi pendedahan kepada staf mengenai latihan kecergasan yang bersistematik disamping memupuk semangat bersukan dikalangan staf sebagai pengisian aktiviti di masa lapang dan memupuk semangat perpaduan dan harmoni dikalangan staff tanpa mengira bangsa dan kaum.