PMK FITNESS PROGRAM 2024
MALIM, MELAKA – Sukan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Kecergasan tubuh badan hanya akan dicapai menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yang tinggi.
Oleh yang demikian, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Latihan (ULPL) telah menganjurkan program latihan kecergasan khas bagi staff Politeknik Melaka. Seramai 30 orang staff telah berjaya mengikuti program latihan ini. Program ini telah dilaksnakan selama 30 sesi. Antara Pengisian program :
- Latihan kecergasan
- Latihan bebanan (Weight Training)
- Amalan pemakanan sihat
- Hiking
- Program TABATA & HIIT
- Ujian kecergasan
Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada sesi yang akan datang bagi tujuan memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan staf PMK.