PROGRAM GREEN HEALTHY POLITEKNIK MELAKA
Berita SMARTGREEN PMK hari ini - Program Green Healthy Politeknik Melaka | 23 Julai 2024 | Ahmad Fariz bin Fauzi
SELASA - Program Green Healthy Politeknik Melaka telah berjaya dilaksanakan pada hari Selasa bertarikh 23 Julai 2024 sebagai satu usaha menerapkan elemen Bidang Tumpuan 1 : PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN di kalangan kakitangan Politeknik Melaka. Sasaran Bidang Tumpuan 1 (BT1) merangkumi Program Kesedaran dan Penerapan Budaya Hijau serta Latihan, Perkongsian Kepakaran dan Pengalaman bagi staff.
Untuk program kali ini, penyertaan melibatkan LAPAN pegawai Politeknik Melaka yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing iaitu En. Ahmad Fariz bin Fauzi (JKE), Ts. Abdul Halim bin Mahat (JKM), Mohamad Hafiz bin Saleh (JKM), En. Abdul Razak bin Shaari (JKE), Tn. Hj Khairulzamil bin Md. Nazimuddin (JKA), Muhammad Hafiz bin Kamarudin (JKM), Ts. Mohamad Azwan bin Ikhwat (JKA) dan En Zaiful Hizam bin Hamidon (JKE).
Skop aktiviti BT1 yang dillaksanakan sepanjang program menjurus kepada pencapaian SDG berikut:
SDG 3 (Good Health and Well-Being)
SDG 6 (Clean Water and Sanitation)
SDG 13 (Climate Action)
SDG 17 (Partnership of the Goals)
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah perkongsian ilmu bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang sistem kawalan bangunan yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, penjimatan penggunaan air, amalan hijau yang sesuai di bangunan, aktiviti rekreasi yang sesuai di kawasan yang terhad dan sistem kawalan suhu bangunan tanpa menggunakan sistem yang canggih.
Program ini juga melibatkan aktiviti penanaman pokok 'angkat' PMK di persekitaran dan dalam bangunan antaranya pokok Kemboja, Pokok Siti Khadijah, Pokok Lidah Buaya, Pokok Lidah Jin dan Pokok Limau Kasturi
Terima kasih kepada semua peserta yg terlibat. Semoga program SMARTGREEN PMK akan lebih bersemarak dan ada kesinambungan pada masa akan datang.