PROGRAM MEMPERKASA TENAGA KERJA 2.0 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM
20 JUN 2024, PANTAI SIRING, MERLIMAU -Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah menganjurkan Program Memperkasa Tenaga Kerja 2.0 JKM bertempat di Pulau Besar. Program yang bertujuan untuk menggalakkan kerja berpasukan dan memupuk hubungan baik sesama staf JKM. Peserta berpeluang untuk melalui pengalaman baharu dalam aktiviti mendayung perahu naga dari Pulau Besar ke Pulau Lalang. Pengisian sepanjang program ini menawarkan peluang yang sangat baik untuk rakan sekerja bekerjasama, meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dan membina pasukan yang lebih kuat dan padu. Program ini bertujuan untuk mencipta pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan yang mengukuhkan ikatan sesama ahli pasukan. Ini juga merupakan program terakhir yang disertai oleh dua orang staf JKM iaitu Ketua Jabatan, JKM sendiri yang akan berpindah ke Politeknik Kota Kinabalu dan En Hussein bin Md. Zan yang akan berpindah ke Politeknik Port Dickson. Semuga kita masih lagi dapat bekerjasama dimasa akan datang.
π ππ ππππ ππ πππππ
Β
Β