Oleh : Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka

 

28 Mei 2024, Pasar raya NSK, Cheng, Melaka. - Telah berlangsungnya Mall Consumer Hunt yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Melaka yang di mana Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka telah menghantar 2 buah pasukan bagi menyertai pertandingan.

Program ini melibatkan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi sekitar negeri Melaka yang di mana 9 buah pasukan telah menyertainya. Di samping itu, program ini melibatkan pelbagai jenis cabaran dan aktiviti yang menarik berkaitan Kepenggunaan. Terdapat 6 tempat pemeriksaan (checkpoint) yang mengetengahkan aktiviti seperti teka teki barangan, kuiz kepenggunaan, membeli barangan dengan wang tunai yang ditetapkan dan sebagainya.

Seterusnya, majlis perasmian Mall Consumer Hunt yang dirasmikan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Alex Seah Choo Chin diiringi oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Melaka, Puan Norena Binti Jaafar. Di samping itu juga, pemenang tempat pertama sehingga ketiga berpeluang mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Mall Consumer Hunt di Peringkat Kebangsaan yang bakal bertempat di Perak.

Sepanjang program berlangsung, para peserta bertungkus lumus dalam menyelesaikan setiap checkpoint dan mengakhiri dengan jayanya. Di akhir pertandingan, 2 pasukan Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan iaitu tempat ke-3 dan tempat ke-7 secara keseluruhannya. Jadi, 1 pasukan GPS Politeknik Melaka berpeluang mewakili Negeri Melaka bagi pertandingan kebangsaan yang dijangka bakal bermula di pertengahan bulan Julai.

Akhir kata, adalah diharapkan agar pasukan GPS Politeknik Melaka yang mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan ini memperoleh kejayaan yang membanggakan bagi seluruh warga Politeknik Melaka. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada KPDN Melaka di atas kesudian menjemput kami menyertai Pertandingan Mall Consumer Hunt ini. Syabas dan tahniah kepada seluruh pemenang dan tidak lupa juga kepada urusetia yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekian, Terima Kasih.