KUNJUNGAN RASMI POLITEKNIK MEDAN KE POLITEKNIK MELAKA

16 May 2024 – Politeknik Melaka telah menerima kunjungan rasmi delegasi Politeknik Medan bagi mengadakan sedikit perbincangan dan perkongsian maklumat, pencapaian serta input terkini mahupun yang dirancang dan yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat institusi dan antarabangsa. Disamping mengenali dengan lebih terperinci hal ehwal kedua-dua institusi, kunjungan ini mampu memberi inspirasi dan penggerak ke arah penambahbaikan di dalam  keseluruhan aspek pengurusan khususnya di peringkat PMK.  Kesemua usaha ini adalah demi membawa jauh potensi kerjasama dan kolaborasi antara PMK dan POLMED yang pastinya memberi manfaat terhebat buat warga staf dan pelajar. Perbincangan ini dihadiri 3 wakil delegasi POLMED ( Bapak Ir. Abd Rahman, Bapak Aulia Salman dan Bapak Sarijianto) dan ahli mesyuarat pengurusan PMK yang dipengerusikan oleh Pengarah PMK, Sr. Hj Razali bin Johari. Ketibaan delegasi disambut indah dengan persembahan tarian tradisional dan silat yang dibawakan khas oleh para pelajar kelab KEWARIS PMK.

Kunjungan rasmi ini memberi peluang kepada delegasi menbuat lawatan ke beberapa bengkel, Solar, CoT dan Inkubator Beezy Biz yang menempatkan produk hasil buatan pelajar PMK. Kesemua kemudahan khususnya perlatan mesin dan infrastruktur yang disediakan di PMK  ini digunapakai secara optimum  untuk proses P&P.

Sebagai salah sebuah institusi TVET di Malaysia, Politeknik Melaka sentiasa memberi keutamaan kepada pencapaian kolaborasi melalui pelbagai program dan medium yang mampu memberi impak yang signifikan dan relevan dengan arus perdana.