BENGKEL PEMBANGUNAN PERSONEL : REFRESH & RECHARGE
Oleh : Amira Abdul Wahid
Politeknik Melaka - Unit Pengurusan Psikologi, JHEPP bersama Pegawai Motivasi Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Personel : Refresh & Recharge pada 15 Mei 2024 bertempat di Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka.
Seramai 35 orang peserta yang merupakan kakitangan dari pelbagai Jabatan & Unit di Politeknik Melaka yang telah menyertai bengkel ini dan telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj. Razali bin Johari. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Puan Nor Azizi binti Mansor dan Puan Rumaizah binti Md Rejab dari Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPT serta bagi aktiviti outdoor telah dijalankan oleh Pegawai Psikologi Politeknik Melaka.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara kakitangan dalam mewujudkan satu pasukan dinamik agar dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Pada akhir bengkel ini peserta dapat membentuk diri mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Selain itu peserta juga dapat meningkatkan komitmen dan motivasi dalam mewujudkan suasana harmoni di dalam organisasi seterusnya membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap ahli dalam organisasi.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka