HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM

11-12 Mei 2024, Politeknik Melaka - Bengkel Arduino ialah kursus berstruktur yang direka untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada pelajar DKM Semester 4 untuk Kursus Projek 1 DJJ 40182. Ia dijalankan selama 2 hari di Dewan Kuliah 1. Seramai 40 orang pelajar akan diberi tunjuk ajar tentang platform Arduino, termasuk perkakasan, perisian dan aplikasinya. Sepanjang kursus pelajar akan diberikan ilmu berkaitan . Antara pengisiannya ialah

πŸ”ΈPengenalan kepada Arduino: Memahami apa itu Arduino, komponennya dan keupayaannya.
πŸ”ΈPengaturcaraan Arduino: Mempelajari bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis kod untuk papan Arduino.
πŸ”ΈAsas Elektronik: Memahami konsep asas seperti voltan, arus, rintangan dan litar.
πŸ”ΈSensor dan Motor: Meneroka cara antara muka pelbagai sensor (seperti suhu, cahaya, penderia gerakan) dan motor (seperti motor, LED) dengan Arduino.
πŸ”ΈProjek: Membina projek praktikal untuk menggunakan pengetahuan yang diperoleh, seperti robot ringkas, sistem automasi rumah atau peranti pengelogan data.

Diakhir kursus pelajar diberi peluang untuk bertanyakan soalan spesifik berkaitan dengan projek yang mereka akan bangunkan semasa Projek 2 pada semester hadapan.

𝙹𝙺𝙼 𝙻𝙸𝙺𝙴 𝙽𝙾 π™Ύπšƒπ™·π™΄πšπš‚

#arduino