INTERNATIONAL BUSINESS CULTURAL CHALLENGE, COMPETITION & EXHIBITION 2024 (IB3CE ‘24)
7 Mei 2024, Politeknik Melaka - Program Diploma Perniagaan Antarabangsa, Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berjaya menganjurkan Program International Business Cultural Challenge, Competition & Exhibition 2024 pada 7 Mei 2024 bertempat di Politeknik Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Zanatul Shima binti Aminuddin, Unit Pengurusan dan Perdagangan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Kejayaan melaksanakan program IB3CE'24 ini adalah bukti nyata komitmen seluruh warga Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka serta bantuan dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung dari jabatan dan unit-unit lain di Politeknik Melaka.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman pelajar melalui career talk bersama industri, peningkatan nilai tambah pelajar melalui pertandingan serta mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik antara pelajar, pensyarah dan pihak luar dalam melaksanakan aktiviti.
Pengisian yang telah dirancang dan dilaksanakan adalah Pertandingan Cross Cultural (semester 2), Pertandingan Creative International Business Kit (semester 3), Pertandingan Futuristic and Sustainable Warehouse (semester 4), Pertandingan Recycle & Reusable Green Chair From Tyre (semester 4 dan terbuka), Pertandingan Product Pitching (semester 5), Pembentangan Projek Akhir Pelajar (semester 5), Program Pensyarah Pelawat Industri, perkongsian bersama alumni serta pameran dari agensi luar. Program ini tidak hanya menjadi satu titik kemuncak kejayaan, tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam memenuhi visi untuk pembangunan generasi muda yang cemerlang dan berdaya saing.
Program ini juga telah mendapat sokongan dan disertai oleh pelajar dan pensyarah dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Merlimau (PMM), Politeknik Port Dickson (PPD), Kolej Komuniti Kota Melaka serta Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas, Melaka.
Sumber: Hairani binti Ahmad Zainuldin