HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM

22hb April 2024- Hari Bumi Sedunia @ World Earth Day disambut setiap tahun pada 22hb April setiap tahun. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menghargai kewujudan planet bumi disamping pendedahan terhadap masalah-masalah yang dihadapinya. Setiap tahun sambutan Hari Bumi Sedunia, banyak organisasi, sekolah, dan individu yang mengadakan acara dan kegiatan yang bertujuan untuk mendidik dan mengajak masyarakat untuk terlibat dalam melestarikan ‘survival’ bumi dalam dunia yang kian mencabar.

MESAC telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program berkaitan iaitu Bear Hill Clean Up and Hiking pada 24hb April 2024 bertempat di Bukit Beruang. Umum mengetahui terdapat banyak trek yang tersedia di Bukit Beruang. Namun kami mengambil keputusan untuk melalui trek ‘wild boar’, sebahagian trek Telekom dan trek ‘wonderful’. Sepanjang laluan kami telah membersihkan sampah sarap disepanjang laluan untuk dibawa keluar dari hutan.

Pencemaran udara, air dan tanah terus menjadi isu alam sekitar yang penting. Pelepasan industri, larian pertanian, sisa plastik dan bahan pencemar lain merendahkan ekosistem dan membahayakan kesihatan manusia.
Setibanya kami dipuncak , pelajar turut diberi tunjuk ajar bagaimana mengambil wudhuk dengan menggunakan air yang paling minima. Ini penting agar pelajar menghargai sumber seperti air .

Usaha seharusnya dibuat secara global untuk menangani isu alam sekitar ini melalui penglibatan semua pihak. Masih terdapat keperluan untuk tindakan kolektif, penyelesaian inovatif dan amalan mampan untuk melindungi alam sekitar Bumi untuk generasi akan datang.

#WorldEarthDay
#WorldEarthDay2024