Oleh : Lian Ai Chen

Politeknik Melaka, 19 April 2024 - Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) untuk Kursus Baikpulih Alatan Elektronik (DEE30052) dan My Career Path as an Entrepreneur Talk telah dilaksanakan dengan jayanya bersama para pelajar semester 4, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Program yang sangat memberi manfaat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar secara lebih jelas dan terperinci mengenai peluang kerjaya dan cabaran sebagai seorang usahawan selepas bergraduat. Penceramah untuk talk ini merupakan seorang usahawan yang sangat berpengalaman dalam lapangan baik pulih telefon bimbit. Selain itu, fokus program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar secara lebih jelas dan terperinci mengenai teknik dan cara yang betul kepada pelajar untuk melerai dan memasang semula telefon bimbit. Tidak ketinggalan juga, ianya merupakan penambahbaikan (CQI) kursus bagi meningkatkan pengetahuan mendiagnosis kerosakan alatan elektronik menggunakan teknik dan peralatan yang betul (CLO1), kerja amali membaikpulih kerosakan peralatan menggunakan teknik yang betul (CLO2) dan mendedahkan pengetahuan pelajar dengan isu kemasyarakatan, keselamatan serta penyelesaian kejuruteraan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat (PLO6).

 

Program sebegini harus diteruskan bagi memberi pengetahuan berterusan kepada para pelajar terutama terhadap kemajuan teknologi telefon bimbit yang berkembang dengan sangat pesat masa kini.