BENGKEL PENGURUSAN MINDA SIHAT DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK MELAKA
Oleh : Amira Abdul Wahid
28 Mac 2024, Politeknik Melaka - Unit Pengurusan Psikologi, JHEPP bersama Penyelaras Penasihat Akademik Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Minda Sihat Di Kalangan Pelajar Politeknik Melaka pada 28 Mac 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka.
Seramai 39 orang Penasihat Akademik dan 2 orang Ahli AKRAB Politeknik Melaka yang telah menyertai bengkel ini. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Puan Wan Nuráin binti Alee yang merupakan Pegawai Psikologi.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah / Penasihat Akademik berkaitan konsep kesihatan mental dan kepentingan dalam mengekalkan keseimbangan emosi dalam kehidupan seharian terutama di kalangan pelajar. Pada akhir bengkel ini juga Penasihat Akademik dapat memahami perbezaan kesihatan mental dan penyakit mental serta kaedah awal dalam mengatasinya.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka