Ditulis : SITI SALBIAH BINTI AHMAD SHARIFF

 


Pada 27 Mac 2024 telah berlangsung program Mega Imfak@Ramadhan 1445H/2024M. Tujuan utama program adalah untuk berkongsi rezeki bersama pelajar PMK disaat berbuka puasa. Pelbagai menu di sediakan secara PERCUMA seperti air balang, air kotak, mee hoon goreng, nasi lemak,lempeng, roti John dan pelbagai jenis buah Segar. Semua juadah ini adalah hasil sumbangan warga Politeknik Melaka. Rata-rata pelajar gembira dan bersemangat untuk berbuka di Bulan puasa yang mulia ini. Program ini melambangkan perpaduan dikalangan pelajar dan staf PMK yang boleh menjadi asas pembentukan negara yang dinamik dan aman.