Oleh: Mawar Syamimi Binti Suhaimi

POLITEKNIK MELAKA - Politeknik Melaka dengan berbesar hati menganjurkan CSR Program Keceriaan Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak Di Surau Jumaat Arraudhah Taman Paya Rumput Perdana. Program ini (Ekstrakurikuler dan Sukan Aktiviti) di institusi adalah inisiatif untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti luar kurikulum yang membina kemahiran, mempromosikan kesihatan, dan meningkatkan kesejahteraan emosi. Melalui pelbagai program seperti sukan, seni, dan aktiviti kesukarelawan, pelajar dapat mengembangkan potensi mereka di luar bilik kuliah dan membina hubungan sosial yang kukuh.

Program Keceriaan Eksa yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Melaka dan Kolej Komuniti. Seramai 11 orang pelajar termasuk ketua penyelia program, Encik Muhammad Subhi bin Ismail tiba pada jam 8:30 pagi pada 9 Mac 2024 dan disambut oleh Pengerusi serta AJK surau Ar-Raudhah. Objektif yang akan dicapai dalam program yang dianjurkan di antaranya dapat meningkatkan kepelbagaian pengalaman pelajar di luar kurikulum akademik. Ia juga dapat memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, kerjasama, dan komunikasi melalui aktiviti luar bilik kuliah. Pada yang sama, ia dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi pelajar melalui penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Membina rasa kebersamaan dan semangat komuniti di kalangan pelajar.Program sebegini, ia menggalakkan kesedaran sosial dan tanggungjawab melalui penyertaan dalam aktiviti kesukarelawan dan khidmat masyarakat.

 

Selain itu juga hubungan ini bagai platform untuk PMK berhubung dengan ahli komuniti surau bagi kegiatan pelajar dan dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran serta amalan baik terutama dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menambahbaik amalan serta silaturrahim dalam kalangan masyarakat. Politeknik Melaka sangat berbesar hati dan berharap agar program ini berjalan dengan lancar dan akan mendapat sokongan kelulusan. Ia akan menjadi salah satu usaha penting bagi mempromosikan Politeknik Melaka kepada komuniti setempat.

 

 

 

Aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan stor baru dan mengemas barang di stor lama untuk diangkut dan dipindahkan ke stor baru. Aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan stor baru dan mengemas barang di stor lama untuk diangkut dan dipindahkan ke stor baru. Seterusnya, aktiviti membersihkan kipas syiling surau, memvakum karpet surau serta membersihkan cermin tingkap surau. Kemudian membersihkan bahagian luar surau dan akhir sekali memberikan sedikit sumbangan ikhlas untuk kegunaan surau.