Oleh: Mohd Faizal bin Mat Pesa

 

MERLIMAU: Program CSR gotong royong keceriaan dan kebersihan telah diadakan pada 2 Mac 2024 bertempat di Pusat Rawatan Alternatif Darus syifa` Sungai Rambai Melaka. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Modul Transformasi Insan (MTI), Politeknik Melaka melibatkan 22 orang pelajar dan staf PMK. Objektif program ini adalah sebagai platform kepada pelajar memberi sumbangan kepada komuniti sekitar dengan menjalankan tanggungjawab sosial dan memperkenalkan nama Politeknik Melaka kepada masyarakat luar.

 

            Wakil Pusat Perubatan Darus syifa` Ustaz Ibrahim amat berbesar hati menerima kunjungan pihak Politeknik Melaka dan berharap program seperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang. Penasihat program CSR iaitu Ustaz Mohd Faizal berasa amat gembira dan berterima kasih atas kesudian pihak Darussyifa`menerima pelajar-pelajar politeknik Melaka dalam melaksanakan program CSR pada kali ini.Menurut pelajar Aqilah binti Omar, program sehari ini merupakan peluang dan pengalaman baru buat kami sebagai pelajar dan sesi pengajaran diluar kelas.

 

Selain itu juga program ini  dijadikan sebagai platform untuk PMK mempromosikan politeknik khususnya nama Politeknik Melaka kepada pihak luar dan dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran serta amalan baik terutama dalam hidup bermasyarakat. Kemuncak program adalah menanam pokok sebagai simbolik perasmian program tersebut yang dilaksanakan oleh wakil masing-masing. Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan nilai tambah diri graduan PMK untuk berdayasaing dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang.