Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Ditulis Oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

19 Mac 2024, Selasa- Seramai 12 pelajar dan 2 staf Politeknik Melaka telah membantu dalam menjayakan Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk Al-Taqwa Majlis Agama Islam (MAIM) Sempena Bulan Ramadan 2024M/1445H. Program tersebut telah bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj, Pantai Puteri Melaka. Program ini adalah tajaan sepenuhnya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bubur lambuk yang telah siap telah diagihkan kepada komuniti sekitar lokasi program. Program berbentuk kesukarelawanan ini berjaya memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghulurkan bantuan tenaga tanpa sebarang halangan. Pada masa yang sama ianya berjaya membentuk ciri-ciri insaniah pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas