PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI
Oleh : Amira Abdul Wahid
Politeknik Melaka - Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Diri kepada pelajar pada 1 Mac 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka. Seramai 30 orang pelajar dari setiap jabatan yang telah menyertai program ini.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar yang mempunyai isu berkaitan ketidakhadiran dalam kelas, mengulang semula subjek serta pelajar yang mencapai PLO yang rendah. Selain itu, Program Motivasi Kecemerlangan Diri ini dapat membantu mengenalpasti strategi bagi mengatasi isu yang mempengaruhi diri sebelum ini.
Pada akhir program, pelajar atau peserta dapat mewujudkan budaya sihat. Program ini juga dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan dalam meneruskan pelajaran seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap diri sebagai seorang pelajar.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka