7 Mac 2024, PMK - Telah berlangsung kursus PSH Ms Word : Report Formatting in Word anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Melaka,di Makmal Komputer 3. Kursus telah dihadiri oleh 19 orang peserta yang merupakan pelajar Semester 5 bidang Kejuruteraan. Kursus telah disampaikan oleh penceramah Pn. Zariyah Abdullah dan fasilitator Pn Shahida Nordin. Objektif kursus PSH ini adalah untuk membantu pelajar dalam penulisan laporan Latihan Industri dan laporan projek akhir pelajar. Semoga usaha ini diteruskan lagi selari dengan kehendak industri dalam menghasilkan graduan TVET berkualiti. Tahniah diucapkan kepada urusetia dan warga JMSK atas penganjuran program.