AHAD, 3 MAC - Commerce Club PMK (COMMERS) melalui Biro Sukan dan Rekreasi di bawah bimbingan Cik Nur Izzatie Husna binti Zawawi telah berjaya menganjurkan sebuah pertandingan badminton yang melibatkan warga PMK. Pertandingan ini telah dijalankan di Batu Berendam Badminton Hall pada 3 Mac 2024 (Ahad). Ketua Program bagi PMK Tournament Badminton: Grip & Rip, Saudari Dhia Nurizzati amat berbesar hati di atas kerjasama yang diberikan oleh warga PMK khususnya Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.

Sebanyak tiga (3) kategori telah dipertandingkan iaitu, Badminton Perseorangan Lelaki, Badminton Perseorangan Perempuan dan Beregu Campuran. Seramai 32 penyertaan berjaya dicapai bagi Kategori Perseorangan Lelaki dan 16 penyertaan bagi Kategori Perseorangan Perempuan. Bagi Kategori Beregu Campuran pula seramai 8 pasangan yang melibatkan pelbagai jabatan.

Johan bagi kategori Perseorangan Lelaki, berjaya dimenangi oleh Muhammad Shazreil Hakimie Bin Noorhisham daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Johan bagi kategori Perseorangan Perempuan pula berjaya dimenangi oleh Siah Kai Jin daripada Jabatan Perdagangan. Bagi kategori Beregu Campuran, berjaya dimenangi oleh pasangan Asmu'i Fawwaz bin Amran dan Siti Aisya binti Ismail daripada Jabatan Kejuruteraan Awam.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Program Diploma Akauntansi, Puan Zalzalah binti Mohamed Harudin. Pihak Jawatankuasa pelaksana berharap agar program berbentuk kesukanan seperti ini akan lebih diketengahkan agar mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing dan aktif pada masa akan datang.