Oleh: Nor Haizan binti Abdul Halim

 

Majlis Kenduri Kesyukuran Politeknik Melaka telah berlangsung pada 6 Mac 2024 sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih di atas nikmat dan pencapaian yang telah diperolehi selama 25 tahun Politeknik Melaka. Majlis kesyukuran ini dilaksanakan bagi tujuan berkumpul bersama semua warga PMK tidak kira pelajar, staf, pensyarah dan lain-lain di mana semuanya saling bekerjasama untuk bergotong-royong memasak seta berdoa bersama-sama memohon keberkatan dari Nya. Meriahnya majlis kerana disambut bersama-sama seluruh warga Politeknik Melaka tanpa mengira jurang perbezaan.

 

Dikesempatan menyambut bulan Ramadhan yang yang bakal tiba, satu pengisian berkaitan fadhilat ramadhan perlu dilaksanakan melalui tazkirah persediaan menghadapi ramadhan. Amalan seperti bacaan yasin dan tahlil merupakan amalan yang baik dan tanggungjawab mengingati insan tersayang selepas mereka sudah tiada lagi. Aktiviti ini menggalakan amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai dan ia diharap dapat meningkatkan amal bakti seluruh warga Politeknik Melaka.