27 Feb 2024 – Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am PMK bersama kerjasama Jawatankuasa Muafakat PMK telah menganjurkan Program ‘Upgrade Your E-maan’ tahun 2024 yang diadakan di Surau al-Hikmah, Taman Seri Pandan, Lorong Pandan Melaka, yang mana turut disertai dengan penglibatan 15 orang pelajar daripada Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka.

Bertemakan ‘Ibadah Cemerlang, Pelajar Gemilang’, program ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang mampu melengkapkan diri mereka dengan sahsiah dan rohani yang terpuji. Di dalam program ini para pelajar diterapkan dengan slot tahsin al-Fatihah serta tahsin solat dalam mencari kekhusyukkan dengan praktis solat yang betul. Turut diselitkan pengisian slot CSR iaitu penglibatan pelajar dalam membantu pihak pengurusan surau mengemas dan memperindah kawasan persekitaran surau.

Program ini disempurnakan oleh Pengarah PMK iaitu Sr. Hj. Razali bin Johari, dan harapan bersama pihak Politeknik Melaka serta Jawatankuasa Surau al-Hikmah agar penganjuran aktiviti sebegini dapat diteruskan dalam usaha menginspirasi para pelajar untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai mahmudah dalam kehidupan seharian yang akhirnya dapat meningkatkan keimanan mereka sejajar dengan tema ‘Upgrade Your Emaan’.