PELANCARAN PROGRAM TAMANKU SYURGAKU
Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar
2 MARCH 2024 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah menyertai Pelancaran Program Tamanku Syurgaku anjuran Pertubuhan Usahawan Pembersihan Awam Melayu Malaysia dengan kerjasama JPKK Sungai Duyong dan Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2 bertempat di Dewan Terbuka, Taman Sri Duyong Seksyen 2 bersama tetamu kehormat YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abd. Halem Adun Kawasan Duyong mewakili Ketua Menteri Melaka.
Seramai 27 orang pelajar Politeknik Melaka telah menyertai program ini. Program ini bertujuan agar orang awam dan para pelajar dapat meningkatkan kesedaran dalam diri berkaitan dengan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Secara tidak langsung, program ini melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas berkaitan kitar semula sesuatu barang.
Adalah diharapkan Pelancaran Program Tamanku Syurgaku ini menjadi salah satu ilmu Majlis Perwakilan Pelajar untuk membantu dan menjaga persekitaran Politeknik Melaka.