Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar

 

28 FEBRUARI 2024, (RABU) - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka serta Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Girls Talk : Let's Get Intimate dengan kerjasama Pihak Sebamed Malaysia di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka pada jam 3 petang - 5 petang.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Shauqina Akashah dari Sebamed Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para siswi semester 3 hingga 5. Seramai 107 orang pelajar telah menghadiri program tersebut.

Banyak input yang positif berkenaan menstruasi dan kebersihan intim wanita dengan lebih mendalam. Selain itu, pihak mereka juga ada membuka gerai jualan dengan potongan harga yang sangat berbaloi serta mereka juga memberi cenderahati kepada setiap pelajar yang hadir.

Akhir kata, semoga dengan adanya program ini, para pelajar wanita dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan tentang pentingnya penjagaan & kebersihan dalaman seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan yang baik & berterusan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Sebamed Malaysia kerana sudi bekerjasama dengan kami.