HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM


1hb Mac 2024 : Kursus Mate Domestik <500GT Terbuka kembali membuka tirai di Politeknik Melaka. Seramai 20 orang peserta menyertai kursus kali ini termasuk seorang peserta wanita. Ini merupakan kali kedua kursus ini disertai peserta wanita. Ini terbukti Politeknik Melaka menjadi pilihan terbaik buat para pencari Kursus Pelesenan Bot dibawah 500GT Terbuka. Seperti biasa, kursus ini berjalan selama 7 hari dan kandungan kursus yang antaranya ialah Keselamatan Diri dan Personal Survival, International Code Distress Signal, Peraturan Antarabangsa Pencegahan Pelanggaran di Laut dan Prevention of Pollution. Kursus kali ini turut menerima penyertaan kali kedua oleh peserta dari Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) seramai empat orang. Peserta terjauh kali ini ialah datangnya dari Miri, Sarawak.
Kalau ada yang sedang mencari Kursus Mate Domestik <500GT Open , dimana?
Politeknik Melaka lerrr, mana lagi.
𝙅𝙆𝙈 𝙇𝙄𝙆𝙀 𝙉𝙊 𝙊𝙏𝙃𝙀𝙍𝙎
#boatlife
#captain