Oleh: Nor Haizan binti Abdul Halim

 

MELAKA – Majlis Sambutan Jubli Perak Politeknik Melaka telah diadakan bagi meraikan keberadaan Politeknik Melaka selama 25 tahun sebagai institusi TVET dengan berkepakaran membekalkan graduan dalam  5 program pengajian peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Akauntansi, dan Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Mengenang sejarah pada awal penubuhan, Politeknik Melaka dikenali sebagai Politeknik Kota Melaka. Penukaran nama kepada Politeknik Melaka secara rasminya pada 4 Jun 2010. Politeknik Melaka melalui liku-liku perjalanan kerja keras semua warga Politeknik Melaka selama 25 tahun dibawah pentadbiran lapan orang pengarah bermula dengan En. Sulong bin Yahaya (1999-2004), Datuk Dr. Arshad bin Kassim (2004-2007), Tn. Haji Abd Aziz bin Abu Bakar (2007-2009), En. Mohd Hatta bin Zainal (2009-2011), Pn. Hajah Rashidah binti Mustapa (2011-2015), Tn. Haji Abd Aziz bin Abu Bakar (2016-2018), En. Charim bin Ibrahim@Berahim (2019-2020) dan Sr. Haji Razali bin Johari bermula tahun 2020 hingga kini.

Bergambar kenangan Datuk Dr. Arshad bin Kassim dan isteri, Tn. Haji Abd Aziz bin Abu Bakar, Pn. Hajah Rashidah binti Mustapa bersama Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat dan isteri.

Majlis Sambutan Jubli Perak Politeknik Melaka ini telah diadakan bertempat di Ballroom Grand Swiss Belhotel, Melaka pada 16 Februari 2024 bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Sambutan ini diserikan dengan kehadiran tetamu,para jemputan, alumni Politeknik Melaka, mantan pengarah-pengarah Politeknik Melaka, Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Haji Razali bin Johari, tetamu kehormat iaitu Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat,

Majlis Sambutan Jubli Perak Politeknik Melaka telah diadakan di Ballroom Grand Swiss Belhotel, Melaka pada 16 Februari 2024 Sesi tandatangan buku Tetamu oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

Perasmian majlis, gimik dan pelancaran buku "Coffee Table" telah disempurnakan oleh Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin. Majlis diraikan dengan paparan memori 25 tahun Politeknik Melaka, pencapaian warga Politeknik Melaka, ucapan Khas mantan pengarah-pengarah PMK, perkongsian kejayaan Alumni PMK, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) dan penyampaian cenderahati.

 YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, merasmikan majlis, serta melancarkan gimik dan coffe table.

 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) dan penyampaian cenderahati.

Tahniah Politeknik Melaka, 25 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Semoga Politeknik Melaka terus cemerlang dan gemilang sebagai institusi TVET dengan sokongan padu dari warga Politeknik Melaka khususnya, disamping sokongan dari pihak industri, kolaborasi, alumni dan lain-lain dalam usaha mengeluarkan graduan yang kualiti dan terbaik.