PROGRAM BAKTI SISWA PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) POLITEKNIK MELAKA
Oleh : Amira Abdul Wahid
Merlimau - Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Bakti Siswa pada 27 Februari 2024 bertempat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Nur Shahirah, Merlimau (PPDKNS).
Untuk maklumat, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) merupakan sebuah pertubuhan berkaitan OKU yg menawarkan perkhidmatan untuk pendidikan dan latihan warga OKU tanpa mengira had umur. PPDKNS telah mendapatkan bantuan seorang artis lukisan mural dalam menyumbangkan idea dan kepakaran melukis mural pada dinding premis. Sehubungan dengan itu, pelajar yg terlibat telah membantu menyiapkan tugasan dari segi mengecat serta bergotong-royong dalam menceriakan premis.
Seramai 22 orang ahli jawatankuasa PRS dan peserta adalah terdiri dari pelajar setiap jabatan dan jawatankuasa bengkel ini juga terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS. Program Bakti Siswa ini telah dirasmikan oleh Pn. Normah binti Said, Pengerusi PPDK Nur Shahirah.
Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kelompok OKU dalam kalangan komuniti serta menerapkan nilai tanggungjawab dan sifat membantu yang berbentuk khidmat masyarakat. Program ini juga merupakan sumbangan bakti pelajar sebagai mahasiswa kepada pertubuhan tersebut.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka