PROGRAM YOUNG LEADERS PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) POLITEKNIK MELAKA
Oleh : Amira Abdul Wahid
Pantai Puteri - Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Young Leaders Pembimbing Rakan Siswa (PRS) pada 24 Februari 2024 bertempat di Pantai Puteri, Melaka.
Seramai 28 orang ahli jawatankuasa PRS yang telah menyertai program ini dan peserta adalah terdiri dari pelajar setiap jabatan dan jawatankuasa bengkel ini juga terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS. Program Young Leaders PRS ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (KJHEPP), Politeknik Melaka iaitu Pn. Nor Azah binti Mat Sout.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan serta melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi. Selain itu, bengkel ini dijalankan bagi tujuan untuk mengeratkan ukhuwah para peserta yang terlibat memandangkan ada ahli yang terdiri dari pelajar semester 1. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri serta mewujudkan budaya kerjasama yang baik di kalangan ahli. Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini diselitkan modul seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi, dan kerja berpasukan.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka