DELEGASI BADAN KOORDINASI MAHASISWA POLITEKNIK SE INDONESIA (BAKORMA) KE POLITEKNIK MELAKA
Oleh: Nor Haizan Abdul Halim
Politeknik Melaka: Politeknik Melaka dengan berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Badan Koordinasi Mahasiswa Politeknik Se Indonesia (BAKORMA) pada 23 Februari 2024 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Sebagai makluman, BAKORMA ini berperanan dalam mengkoordinasi dan mengelola aktiviti kemahasiswaan di berbagai politeknik yang ada di seluruh Indonesia. Diantara agenda melawat Politeknik Melaka adalah bagi membincangkan potensi kerjasama mahasiwa kedua-dua negara seperti dalam Pertandingan Sukan, Debat , Tilawah dan lain-lain.
Delegasi diketuai oleh Ketua BAKORMA, Pak Wahyu Kurnia Dewanto (Politeknik Negeri Jember), pengiring delegasi,Pak Akmal Indra (Politeknik Bengkalis),Wakil Ketua BAKORMA, Pak Dede Irwan (Politeknik Negeri Pontianak), Bendahara BAKORMA, Ibu Nur Rahmawaty Arma (Politeknik Pertanian Negeri Pangkajene Kepulauan), Sekretaris BAKORMA, Pak Candra Irawan (Politeknik Negeri Balikpapan) dan Humas BAKORMA, Pak Kurniawan M. Nur, (Politeknik Negeri Banyuwangi). Delegasi seramai 38 orang ini disambut oleh Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Haji Razali bin Johari, Ahli pengurusan Politeknik Melaka, tetamu, Ketua Unit Antarabangsa Politeknik Merlimau Melaka, staf dan pelajar Politeknik Melaka. Selesai sesi pembukaan kunjungan dan perbincangan ke arah Letter of Intention (LOI), delegasi telah di bawa melawat Inkubator Beezzybizz dan Centre of Technology (CoBTech) di Politeknik Melaka.
Besar harapan agar delegasi sebegini ini bakal membuka ruang untuk menjalinkan kerjasama bersama Politeknik Negara Indonesia dalam menjalankan aktiviti peringkat antarabangsa dalam memperkasakan kepakaran bidang TVET. Selain itu juga hubungan ini bagai platform untuk Politeknik Melaka berhubung dengan BAKORMA bagi kegiatan pelajar dan dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran serta amalan baik terutama dalam bidang teknologi terkini mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menambahbaik sistem di institusi masing-masing. Tahniah kepada Unit Pengantarabangsaan Politeknik Melaka di atas kelolaan majlis delegasi tersebut. Kunjungan seperti ini diharap dapat memberi pendedahan dalam perancangan dan pengurusan aktiviti luar negara kepada staf Politeknik Melaka.