Ditulis Oleh :  Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

 

28 Februari 2024, Rabu- Pelajar Civil Engineering Student Affair's Club (CESAC), Jabatan Kejuruteraan Awam telah berjaya menjayakan bersama Program Gotong Royong Madani Peringkat Kampung Felda Hutan Percha Sempena Pernilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Dan Pernilaian Anugerah Desa Lestar.  Program ini dilaksanakan di Felda Hutan Percha, Alor Gajah Melaka pada Sabtu, 24 Februari 2024, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Seramai 25 pelajar dan 7 staf akademik Jabatan Kejuruteraan Awam telah menjayakan program gotong royong ini.  Semua usaha ini telah membantu Jawatankuasa Felda Hutan Percha dalam meningkatkan keceriaan bagi usaha ke arah kejayaan dalam pertandingan  Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) Dan Pernilaian Anugerah Desa Lestari 2024.  Pelbagai aktiviti gotong royong telah dijalankan melibatkan 4 lokasi yang berbeza.  Semua sukarelwan telah berjaya menabur bakti kepada komuniti Felda Hutan Percha.  Seterusnya ianya berjaya membentuk jati diri dan semangat para sukarelawan dalammembantu dalam menjayakan sebuah program di komuniti luar.