Ditulis Oleh : SITI SALBIAH BINTI AHMAD SHARIFF


20 Februari 2024, Selasa- Politeknik Melaka telah diberi ruang dan peluang bagi 5 pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pembaca Lafas Ikrar Rukun Negara Bagi Program Wacana Ilmu Sempena Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari 2024. Program telah diadakan di Perkarangan Memorial Pengisytiharan kemerdekaan, Jalan Parameswara, Banda Hilir Melaka. Program berprestej ini telah dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia. Progarm telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang selaku Menteri Perpaduan Negara. Lafas ikrar Rukun Negara diketuai oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam semester 3, iaitu Muhammad Iqbal Qayyumi Bin Jamali dan dilafaskan bersama oleh 4 pelajar daripada Politeknik Melaka dan beberapa IPT tempatan yang lain. Bacaan lafas Ikrar Rukun negara telah bergema berjaya menaikkan semangat patriotik sayangkan negara kita Malaysia. Ianya menjadi pembakar semangat kumpulan pembaca ikrar dan audian untuk cintakan Malaysia dengan mengimbas kembali memori sejarah tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.