1 Februari 2024 - Sesi Lawatan Penanda Arasan ke Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka telah diadakan oleh Unit Teknologi Maklumat (UTM), Politeknik Melaka pada 1 Februari 2024 yang disertai oleh seramai 7 orang staf UTM. Kunjungan pasukan UTM PMK telah disambut baik oleh pihak UTM, CREaTE yang diketuai oleh En. Syahriel Naziem bin Hassan, Ketua Unit Teknologi Maklumat CREaTE.

Objektif sesi lawatan ini adalah bagi mendapatkan perkongsian dan bertukar-tukar idea serta mendapatkan ilmu baru berkaitan pengurusan infrastruktur ICT. Pasukan UTM PMK juga telah dibawa untuk melawat ke Pusat Data, Bilik Kawalan Bangunan dan Pusat Sumber CREaTE.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan UTM CREaTE di atas peluang yang diberi serta perkongsian yang bermanfaat buat kami.