Oleh : Rabiah binti Mohamad

 

2 Februari 2024 ,Bandar Hilir - Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka dengan kerjasama Unit Psikologi telah mengadakan Program Jerayawara Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir bersama Siswa Siswi Semester I 2023/2024 Politeknik Melaka.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswa siswi baharu tentang bangunan bersejarah di sekitar Banda Hilir.

Siswa siswi baharu perlu jelajah sekitar Banda Hilir dan menghasilkan Vlog secara berkumpulan.

Semoga program ini juga dapat memberi impak kepada komuniti dengan adanya promosi Politeknik Melaka.