DEBAT POLITEKNIK MELAKA : PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN ANTARA IPT PIALA MENTERI KPDN 2024
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
16 Januari 2024, Cyberjaya - Pasukan Debat Politeknik Melaka (PMK) merupakan pasukan tunggal daripada seluruh Politeknik Malaysia yang menyertai pertandingan Debat Kepenggunaan KPDN antara Institut Pengajian Tinggi yang berlangsung selama 4 hari bermula 12 Januari hingga 15 Januari 2024 di MMU Cyberjaya. Pasukan debat Politeknik Melaka telah menghantar 2 pasukan untuk bersaing dengan universiti tempatan. Seramai 40 pasukan telah bertanding di pertandingan ini antaranya UTEM, UM, UMK, MMU, UMS, UUM dan lain-lain IPT tempatan.
Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPT Piala Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup 2024 telah melabuhkan tirai dengan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Menteri KPDNKSH , YB Datuk Armizan Mohd Ali dengan menyampaikan hadiah johan kepada Juara Debat Kepenggunaan dari pasukan UiTM yang membawa pulang hadiah bernilai RM5000.00 dan trofi.
Banyak pengalaman dan pembelajaran yang dapat diperolehi pasukan debat Politeknik Melaka. Diharapkan pasukan debat PMK akan terus bersinar dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi.