Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

1 Januari 2024, Melaka - Tahun 2024 diistiharkan kerajaan Negeri Melaka sebagai Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan diseluruh Negeri Melaka bermula Januari hingga Disember 2024. Majlis perasmian sambutan tahun Melawat Melaka 2024 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dr Mohd Ali bin Mohd Rustam bersama-sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh pada 31 Disember yang lalu.

Seramai 10 pelajar Politeknik Melaka(PMK) telah diwatikahkan sebagai Sukarelawan Duta Pelancongan TMM2024 dimana pelajar PMK akan dipanggil untuk menjadi sukarelawan pada setiap aktiviti atau acara yang berlangsung sepanjang tahun. Semoga pelajar Politeknik Melaka sentiasa mendukung cita-cita Negeri Melaka melalui penglibatan pelajar PMK.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas