GERAKAN PENGGUNA SISWA PMK - FIT PENGGUNA 2023
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
Β
16 Disember 2023, Taman Botanikal - Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka (GPS PMK) telah menyertai program FIT Pengguna anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Melaka. GPS PMK menghantar 8 pasukan merebut hadiah wang tunai RM1000 bagi johan, RM700 naib johan dan RM500 tempat ketiga. Program ini berkonsepkan larian explorace di dalam Taman Botanikal Melaka berkisarkan kepenggunaan. Sebanyak 70 pasukan berentap mewakili agensi-agensi kerajaan di Negeri Melaka untuk merebut hadiah. Puan Nor Azah binti Mat Sout, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar hadir bagi bersama-sama menyokong pasukan GPS PMK.
GPS PMK telah berjaya merangkul tempat ketiga membawa wang tunai RM500, medal dan sijil penyertaan serta hadiah saguhati tempat ketujuh membawa pulang hamper, medal dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh YB Tuan Allex Seah Shoo Chin diringi Puan Norena binti Jaafar, Pengarah KPDN Melaka. Tahniah diucapkan kepada pasukan Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka.