DUTA PERPADUAN NEGERI MELAKA@POLITEKNIK MELAKA
Ditulis Oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff
7 Dis 2023, Khamis. Politeknik Melaka berbangga dengan terpilihnya 2 pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bernama Muhammad Iqbal Qayyumi Bin Jamali dan Nurul Ain Batrisya Binti Hafizan sebagai Duta Perpaduan Negeri Melaka. Watikah perlantikan telah dijalankan di Majlis aspreriasi komuniti rukun tetangga (KRT) dan perlantikan Duta Perpaduan Negeri Melaka (DPM) di ballroom MITC Melaka
Objektif Duta Perpaduan ini adalah untuk menjadikan generasi muda sebagai agen perpaduan khusus di negeri Melaka. Semua Duta Perpaduan tersebut telah menjalani 2 kursus yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Melaka. Perlaksanaan kursus ini adalah sebagai asas bagi memudahkan kesemua Duta Perpaduan yang terpilih untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dimasa akan datang. Sehubungan dengan itu 2 Duta Perpaduan Politeknik Melaka ini diharapkan dapat menjalankan tugas dan Amanah yang diberikan dalam meransang dan membentuk perpaduan di negeri Melaka. Pada masa yang sama juga membawa “jenama”Politeknik Melaka dimana sahaja mereka berada.