OLEH : RENI SURIANI BINTI HASHIM

07 Disember 2023 - Taklimat ke- 2 Latihan Industri (LI) anjuran Unit Perhubungan dan Latihan Insudtri (UPLI) telah dijalankan kepada pelajar Semester Akhir Politeknik Melaka sebagai langkah persedian pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi SESI : 2  2023/2024. Seramai 263 pelajar semester akhir terlibat dengan taklimat ini. 2 slot telah diadakan  iaitu SLOT 1 pada   8.30 PAGI- 11.30 PAGI  (PELAJAR SEMESTER AKHIR DKA, DKM & DJK bagi Kod DUT600610 ) dan SLOT 2  pada     2.00 PTG – 5.00 PTG (PELAJAR SEMESTER AKHIR DAT & DPI bagi Kod DUT60019).

 

Taklimat ini, di jalankan secara bersemuka bagi memudahkan pemahaman pelajar menjalani proses LI. Penyampaian taklimat ini disampaikan  oleh 2 penceramah, iaitu  En Sahzali Bin Mohd Ramli dan Ts Rajandran A/L  Morthui . Penyelaras jabatan JKA, JKE, JKM dan JP membantu bersama-sama melaksanakan taklimat ini. Taklimat slot  1, menerangkan secara terperinci mengenai tatacara sebelum, semasa dan selepas  latihan industri serta arahan-arahan yang perlu pelajar patuhi semasa menjalani latihan industri. Manakala taklimat slot 2, menerangkan mengenai penulisan Buku Log pelajar serta penulisan laporan akhir latihan industri.

Sumber Berita : En. Sahzali bin Mohd Ramli