Oleh : Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

 

18 November 2023 - Politeknik Melaka amat berbangga dengan kejayaan pelajarnya bernama NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ABD RAZAK, pelajar semester 3 dari Jabatan Kejuruteraan Awam yang berjaya menamatkan Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023 dengan jayanya. Misi ini adalah di bawah anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan YSS Sarawak.

Misi pada kali ini telah disertai oleh seramai 55 orang sukarelawan. Ianya dibahagikan kepada 6 kumpulan. Sukarelawan Politeknik Melaka yang diwakili oleh Nur Syafiqah telah di tempatkan di Kampung Nanga Machan, Kanowit, Sarawak. Misi telah dilaksanakan selama 10 hari bermula dari tarikh 6 November hingga 11 November. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tempoh itu ialah Sukan Rakyat, Majlis Warisan Bangsa Budaya dan pelbagai projek yang telah dilaksanakan di rumah panjang Bagol Anak Tom.

Semua kos misi ditanggung bersama oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara ,YSS Sarawak, Politeknik Melaka dan sukarelawan sendiri. Misi ini telah disertai oleh ramai sukarelawan dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia. Berasaskan perpaduan dalam menjayakan misi, ianya berjaya membentuk jati diri sukarelawan dengan lebih berkesan. Perbezaan kepercayaan, kaum agama dan bangsa bukan menjadi penghalang utama dalam menjayakan misi. Semua sukarelawan telah dilatih untuk fokus kepada matlamat kejayaan untuk berjaya sebelum misi bermula.

Oleh itu hasilnya amat nyata dan berharga apabila Nur Syafiqah diberikan kepercayaan oleh kumpulannnya untuk membentangkan hasil misi pada sesi pembentangan penutup Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023.

Semoga kejayaan Nur Syafiqah ini akan menyuntik semangat kepada semua pelajar Politeknik Melaka untuk terus berbakti kepada komuniti tanpa henti.