Oleh : Siti Salbiah binti Ahmad Shariff

 

10 November 2023, Jumaat - Politeknik Melaka dengan rasa keperihatin dan cakna dengan penderitaan saudara seagama di Palestin telah menjalankan program kutipan dana sumbangan Palestine@Politeknik Melaka 2023.  Nilai kutipan dari warga Politeknik Melaka keseluruhannya adalah RM 5290.00.  Kutipan telah diserahkan oleh Pn. Siti Salbiah selaku pegawai yang dipertanggugjawabkan kepada Pengarah Politeknik Melaka.  Sumbangan ini telah di salurkan kepada Kelab Sukan dan Rekreriasi (RESCLUB) Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK). 

Pada majlis penyerahan juga telah diadakan sesi perkongsian Ilmu oleh Tabung Aman Palestine, Melaka dan juga aktiviti “cop” tapak tangan di kain rentang putih sebagai simbolik Solidariti Palestin.  Semua aktiviti yang dijalankan adalah bertunjangkan kepada objektif yang sama, iaitu memperjuangkan  semangat dan roh “Islam” di bumi Palestine dari cengekaman Israel. Semoga semua usaha ini akan diteruskan tanpa mengenal “nokhtah” demi mu Palestine.