Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

8 November 2023 (Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka) - Pertandingan Pidato Piala Pengarah PMK telah berlangsung di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Tahniah diucapkan kepada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar telah menjayakan program ini.

Seramai 5 orang pelajar Politeknik Melaka telah berjaya melayakkan diri dalam pentas akhir pertandingan pidato kali ini. Pengarah Politeknik Melaka, Sr Hj Razali bin Johari telah menyempurnakan majlis perasmian program sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Johan telah dimenangi oleh Siti Zurfarhana binti Mohd Zainuddin daripada Diploma Perniagaan Antarabangsa Semester 5. Naib Johan telah dimenangi oleh Nur Rifqah binti Mohd Shazli daripada Diploma Perniagaan Antarabangsa Semester 4. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Dania Qistina binti Syarol Khairi daripada Diploma Perniagaan Antarabangsa Semester 1. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program Pertandingan Pidato Piala Pengarah PMK.