LAWATAN PENANDAARASAN MPP KE POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
6 November 2023 (Kuantan, Pahang) - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka (MPP PMK) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar dan diringi oleh 3 orang pegawai pengiring yang merupakan Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta Penasihat MPP PMK telah terlibatdalam menjayakan program ini.
Tujuan penandaarasan ini diadakan adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dalam pelaksanaan sesuatu program. Selain itu, pelajar juga dapat bertukar pendapat serta idea yang jitu dalam menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Penandaarasan ini juga diadakan untuk membantu MPP PMK dalam meningkatkan kualiti jati diri dan kepimpinan. Program ini juga dapat memberi impak kepada aspek komunikasi dalam pertukaran pendapat dan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih efektif.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Khairuddin Bin Ahmad Khair selaku Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar PMK. Seterusnya, penandaarasan ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zuhaimi Bin Zolkifli selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar POLISAS. Program telah diteruskan dengan sesi bertukar pendapat antara POLISAS dan PMK. Barisan MPP PMK juga berpeluang untuk meninjau Pusat Pelajar, Bilik Gerakan MPP POLISAS dan fasiliti yang disediakan di POLISAS.
Adalah diharapkan agar Lawatan Penandaarasan ini dapat memberikan impak yang positif bagi membentuk struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar yang lebih berkualiti dan cemerlang. Justeru, dapat merapatkan hubungan di antara pelajar Politeknik itu sendiri. Selain itu, kami juga berharap agar ahli Majlis Perwakilan Pelajar dapat menjalankan kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi yang lain pada masa akan datang.