Oleh: Nur Izzatie Husna binti Zawawi, Pensyarah Kursus

 

02 November 2023 (Khamis) – Suatu initiatif bagi membantu pelajar untuk lebih yakin dalam menjawab penilaian akhir telah diusahakan oleh pensyarah kursus DPB30073 Business Law. Bengkel teknik menjawab penilaian akhir telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 57 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 2 Diploma Akauntansi dan pelajar semester 3 Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Bengkel ini bertujuan untuk membimbing pelajar cara-cara untuk memahami dan menjawab soalan mengikut kehendak jawapan yang dikehendaki. Pelajar diberikan soalan-soalan bagi menilai sejauh mana impak bengkel yang telah dijalankan. Hasil daripada bengkel ini, pelajar lebih yakin dan faham cara untuk menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Program ini berakhir pada jam 12:30 tengah hari

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus membimbing pelajar ke arah yang lebih baik.