Oleh : Mohd Nazim bin Zakaria

 

21 OKTOBER 2023 -Telah berlangsungnya Program CSR Kem Kepimpinan SK Bachang yang dianjurkan oleh Pihak Sekolah Kebangsaan Bachang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka serta Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk dan mengasah bakat kepimpinan di dalam diri para pelajar dalam pelbagai aspek kepimpinan khususnya. Program ini disertai oleh pemimpin-pemimpin muda SK Bachang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas serta Pengerusi dan Naib Pengerusi Unit Kokurikulum. MPP Politeknik Melaka yang telah mendapat kepercayaan melatih pelajar dijemput bagi mengendalikan program kem kepimpinan kepada pemimpin muda sekolah rendah. Alhamdulillah program Kem Kepimpinan SK Bachang ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari kalangan pelajar mahupun guru-guru SK Bachang iaitu seramai 156 orang peserta telah hadir untuk menyertai Kem Kepimpinan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Sesi Ice Breaking
2. Bom to Bom
3. Goreng Pisang
4. Radio Rosak
5. Explorace
6. Gula dalam tepung

Penyerahan sijil telah diserahkan oleh Guru Besar SK Bacang kepada Barisan Fasilitator Politeknik Melaka yang diketuai oleh Saudari Nurazlin Binti Mohd Azman sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah.

Dengan menyertai kem kepimpinan ini, diharapkan agar pelajar mampu mencerna dan menjana daya kepimpinan yang tinggi sebagai generasi pelapis yang berkualiti demi kesejahteraan negara. Semoga program-program sebegini dapat dijalankan lagi agar memberikan manfaat yang baik untuk semua.