Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

20 Oktober 2023, Ipoh - Siti Hadijah binti Nurmal pelajar Diploma Akauntansi Jabatan Perdagangan berjaya muncul naib johan Pertandingan Syarahan Kalam Jauhari Polycc 2023 sempena Konvenseyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023. Program syarahan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti didalam konvensyen kepimpinan mahasiswa Madani anjuran Politeknik Ungku Omar dan YADIM.

Pemenang membawa pulang hadiah berbentuk trofi, wang tunai RM500 dan sijil. Penyampaian hadiah pemenang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Shamsuri bin Abdullah, Pengarah Politeknik Ungku Omar pada majlis perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 yang bertemakan Kepimpinan Madani Teras Ketamadunan Bangsa.

Konvensyen ini menghubungkan mahasiswa POLYCC bersama masyarakat setempat di Parlimen Tambun. Tahniah diucapkan kepada Siti Hadijah binti Nurmal.